Mula- mula mari kita kenal dulu jenis-jenis pengikat:
1. Ribet
- sejenis bahan pengikat yg digunakan untuk mencantumkan dua atau lebih kepingan logam pada rangka projek secara kekal- Dibawah ini merupakan contoh ribet aluminium:
- Saiz ribet ditentukan oleh panjang dan garis pusat batangnya.
2. Hot Glu Gun
- digunakan untuk mencairkan batang glu panas semasa kerja mengglu projek.
Diatas hanya merupakan sebahagian pengikat sahaja. Ada banyak lagi jenis-jenis pengikat dalam dunia ni. hahaha. Jadi jgn malas nak cari ye~
Seterusnya ialah jenis mesin:
1. Mesin Gergaji Jig
- ialah mesin mudah alih yg digunakan untuk memotong lurus dan lengkuk pada papan lapis serta MDF.
- Perkara yg penting sebelum menggunakan mesin ini ialah mengambil perhatian tentang mata pemotong gergaji jig ini.
- Mata gergaji kasar sesuai untuk memotong papan yg lebih tebal.
- Mata Gergaji halus pula sesuai digunakan untuk memotong papan yang lebih nipis.
Hati- hati tau semasa menggunakannya! |
2. Cordless Screwdriver
- yang ini pula digunakan untuk memasang skru benam sendiri.
- juga untuk menggerudi lubang ( hahaha. yg ini mmg kegemaran ku)
3. Mesin pelelas mudah alih (sander)
- yang ini digunakan untuk kemasan ye.
- fungsinya adalah untuk meratakan dan melicinkan permukaan kayu serta membuang bahagian karat pada keluli sebelum proses kemasan dijalankan
- mesin ini menggunakan kertas las yg sesuai grednya yg akan dipasang pada penyepit sander
Mesin ini tidak seperti yg anda bayangkan. Bunyi dia mmg kuat dan yang penting , masa guna mesti pengang kuat-kuat ye, kalau tak terbanglah sekali dengan sander ni. |
Sekarang mari kita kenal komponen elektronik.
1. Diod Pemancar Cahaya (LED)
- Sejenis diod yg tidak berfilamen yg membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah sahaja
- fungsinya untuk memancarkan cahaya dan menukarkan arus elektrik kepada cahaya
Hihi. menarik kan??
wow!! ~~~~~ pantasnyaaaaaa ~~~~ :>>>
ReplyDelete