Pengecualian Bayaran PTPTN

久しぶり~ Hisashiburi minna san!

Yup. Kali ni entri adalah mengenai bagaimana untuk mendapatkan pengecualian bayaran PTPTN. Namun, harus diingatkan, tak semua berjaya walaupun anda pemegang ijazah kelas pertama. Ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau xdapat pengecualian, redha dan bertabahlah! T.T

Ok. Langkahnya tak banyak, tapi leceh dan agak susah. (Kecuali bagi siapa yang belum grad lagi dan masih ada berdekatan dengan Universiti masing2.)

Dokumen yang perlu?
1.     Borang permohonan pengecualian ptptn. Boleh dapat di mana2 cawangan ptptn ataupun online.
2.     Salinan transkrip peperiksaan.
3.     Salinan ijazah kelas pertama.
4.     Salinan surat tawaran penajaan lain.

Borang permohonan pengecualian bayaran ptptn


SEMUA SALINAN yang diperlukan WAJIB disahkan oleh pegawai pengesahan salinan dokumen yg layak dengan kata lain….Pegawai Kumpulan A Bahagian Akademik/ Bahagian Pengurusan Rekod yg keluarkan Ijazah anda.

contoh pengesahkan salinan untuk pengecualian bayaran ptptn

Senang citer, korang kene pergi bahagian akademik lah. BHEP. Jadi kepada sesiapa yang dah tahu awal2 dapat 1st class tu, before grad, silalah lanjutkan masa anda untuk berada di u anda. Lepas dapat transkrip dan sijil ijazah tu, terus bawak sekali dengan copynya ke BHEP. Pihak BHEP TIDAK akan mengesahkan ketulusan dan kebenaran salinan2 tersebut tanpa ada yang original. Erti kata lain, sebelum mereka nak sahkan, mereka nak tengok dulu yang ori tu sama ke tidak dengan yang copy punya. Dan sebab itulah saya katakan perkara ni susah. Lagi2, kepada siapa yang jauuhhhh nau dari u anda. Atau kepada sesiapa yang suruh kawan atau adik atau sesiapa pergi minta sahkan salinan tu untuk korang.
p/s Usaha tangga kejayaan.

Then, dah setel semua tu, bawaklah borang tersebut ke cawangan ptptn. Untuk pengetahuan anda semua yang budiman dan baik hati, kemungkinan untuk dapat pengecualian bayaran bagi yang dapat tajaan lain tu, InSyaAllah ada, tapi selepas anda bayar balik wang pinjaman ptptn yang tertindan/tertindih dgn wang tajaan lain. Contohnya,

Sem 1 dapat ptptn (RM3K)
*Sem 2 dapat ptptn dan tajaan lain. (RM 3K + RM 4K)
Sem 3 dapat tajaan lain.

 *Masalah yang wujud ni adalah pada sem 2. Hal ni berlaku kemungkinan sebab masalah teknikal kot. Lambat key in maklumat atau yang seumpama dengannya yang menyebabkan anda masih lagi dapat ptptn walaupun sudah dimaklumkan bahawa anda dah dapat tajaan lain. So, penyelesainya, anda perlu bayar wang ptptn yang tertindih pada sem 2 tu iaitu RM3K. Barulah anda kemungkinan besar dapat pengecualian untuk bayar ptptn secara keseluruhannya. Hehe. Harap jelas deh.

Ok. Itu sahaja.


(Terima kasih buat adik saya yang baik hati.) 

Comments