KHAMIS 8 JAN 2015, saya dan rumate gigih naik public transport ke Zoo Negara. Puncanya satu je, sbb sama-sama tak pernah jejak kaki kat sana, jadi alang2 saya dah habis belajar, tinggal nak praktikal je, dan sama2 dah final year student dan sama2 bajet kaya, so tanpa fikir panjang, terjah lah zoo negara.
Perjalanan dari UPM yang bertolak pkul 10 pagi memakan masa dekat 2 jam jugaklah baru sampai sana. Dari UPM merempit ke BTS. Then dari BTS beli token terus ke Wangsa Maju. RM 3.80. Kene transit naik Kelana Jaya Line kat Masjid India. Kiranya macam nilah senang...
TBS (LRT) ----> Masjid Jamek ----> Jalan kaki ke Kelana Jaya Line ----> Wangsa Maju (KJL)
Sampai je kat Wangsa Maju, ada 2 pilihan, sama ada naik bus atau teksi. Saya rekemankan naik teksi jelah. mudah. Nak naik bus mulanya, tapi 1) xjumpa mana busnya (walau puas tanya pakcik2 bus kat sana) 2) lama gile lah nak tunggu
So, dari terminal wangsa maju tu, just turun je ikut sign 'BUS' dan naik teksi. Murah je. RM 6.00 (teksi meter)
Sampai je kat Zoo Negara, terus selfie. hakhak!
Then baru lah proceed beli tiket.
Kami amik yang termasuk panda. So, RM 50 (mmg mahal...)
Ni Erza tengah beli tiket. hihihi
Dapat tiket dalam bentuk gelang. Tu ada gamba panda skali, haha.
Then kami pun masuklah. Sebelum tu, kene planlah betul2 nak pergi mana dulu. kalau tak mmg akan sesat dan mybe ada tempat yang miss. Sebab kami tak dapat voucher dia, so kami just bergntung pada sign board yang ada je.
Apa yang menarik gile2 bagi saya kat sini, flamingo!, badak air dan en rimau bintang yang baik hati. haha. yang lain biasa je. Oh ya, satu lagi kawasan tasik. Cantik sangat sebab banyak gile burung-burung kat sana. Tapi apakan daya, tak sempat nak lepak lama kat situ sebab hujan lebat. So, siapa2 yang nak datang tu, bawalah payung ye. Topi sekalilah, baru tak panas. Saya bagi list lah senang:
1) Air
2) Makanan ringan (roti ke, coklat ke)
3) Topi
4) Payung
Pakaian pula jangan lah nak melawo beria. What did u expect from here? Zoo kan,bukannya mall. So just pakai pakaian yang comfortable dan kasut yang sesuai. Sebab jauh dan penat. Klo nak naik train mmg boleh, tapi tak puas langsunglah.
Ini kawasan flamingo. Sirius mmg cantik lah mereka2 ni. elegance dan charisma.
Fakta mengenai flamingo ni:
Binatang2 lain biasa jelah. Sihat, dan ada yang aktif. Tapi rata2nya tidur sbb banyak binatang yang nocturnal kan. so, kami just layan yang bangun jelah. Zirafah dia comey sangat! haha. Then kami pergi ke kawasan orang utan. Sian lah juga, sebab ada sekor je. Yang lain xda.
Ni namanya MAX. Sian dia duk sorang2.
Overall, walaupun sedikit kecewa sebab ada kawasan yang tak ada binatang dan kalau ada pun, kurang menarik kawasannya, ex kawasan reptile dan amphibians, tetap seronok juga sebab binatang2 nya terjaga. Tak lah kurus keding. Aktif dan sihat.
Di sebabkan hujan lebat, jadi kami xsempat pergi ke kawasan pertunjukkan. Nasib baik ada tempat berteduh.
Ni ada gambar penguin sebagai pengakhiran part 1 ini. hehe.
Banyak lagi nak cerita, tapi rasanya tak perlu. huwahaha. nak tahu lebih, p lah melawat sendiri. Oh ya, Zoo ni tutup pkul 5 ptg. Tapi jgn risau kalau kamu masih dalam Zoo lebih pkul 5 petang, dia taknye tutup gate tu, cume kaunter tiket jelah yang dah tutup. So kami balik naik teksi dari pintu keluar Zoo. Jadi mahal lah sikit. tambah RM3 dari asal sebab pakcik tu kene buat u-turn.Jadi total balik RM8.70. Kalau nak murah, naik jejantas dan ambil teksi seberang dari Zoo.
So, total public transport dari UPM ke Zoo Negara:
Tiket pergi balik LRT dan KJL =RM 7.60
Tambang teksi pergi balik =RM 14.70
Total =RM 22.30
Kalau pergi ramai2, tak lah mahal. Kami pergi berdua, jadi berpatutanlah.
Okayh! jumpa lagi di part 2----> Panda!!
t.kasih info
ReplyDeleteHihi sama2.
DeleteSalam kak. Kalau dari KL sentral nk ke zoo negara mcm mana ya? Terima kasih π
ReplyDelete