Bukit Gambang Water Park

Bukit Gambang Waterpark.

Okayh, seperti tajuk di atas, entri kali ini akan membongkar kisah disebalik taman tema air terbesar di pantai timur ini. 
4 Sept 2015, Jumaat- Saya dan teman, Shai n Farihah menghabiskan masa satu hari suntuk kami berlegar2 dan bersenam di taman tema air bukit gambang, kuantan. 
Biasanya waktu bukak dia 10.30-6.30 bagi hari biasa. Tapi pada hari cuti ni taman tema ni beroperasi bermula 9.30-6.30 ptg. (Take note: Jumaat kan cuti ^.^)
Tiket biasanya mahal, Well, tak lah mahal mcm kat sunway tu, tapi bagi kami yang berlatar belakangkan pengganggur dan pelajar ni, nilai RM30 memang mahal. 
Tapi, untung badan sebab farihah dapat voucher diskaun, so dari RM30 dapat lah kurang kepada RM23. hehe. murah kan. (#fliphair)


Akhirnya sampai juga di GWP ni. (singkatan yang dibuat, keh tak tahu lah betol ke idok)Nak merempit jauh sangat, so tumpang lah kereta shaira. First things to do, beli tiket. Agak kelaut kami kat sini, pening nak cari direction. Maklumlah newbie. 

Okay. Siap beli tiket, kita terus masuk ke water park. Tapi sebelum tu dia akan tanya nak topop terus atau topop di dalam. Disebabkan kami tak tahu apa yang perlu disewa, so kami ambil keputusan untuk topop di dalam. Sistem e-value ni (keh panggil topop je) bagi keh mmg bagus lah. Mudah. Semua peralatan dan kemudahan dalam ni dikenakan sewaan. Di bawah ni keh dah snap gambar harga sewaan dan deposit yang perlu dibayar. Jangan risau, kalau ada lebih, wang akan dikembalikan sebelah kaunter beli tiket tadi. cume jangan lupa untuk scan tiket (gelang tiket) selepas pulangkan pelampung. nanti tak dapat balik deposit, nangis2 meraung tak ada orang nak layan ok. 


Jangan risau. anda tidak akan sesat.


Gelang nilah tiket anda. Nilai topop pun akan dimasukkan guna tiket ni. semua scan. 

Like usual, sentiasa ada khidmat photographer ni kalau anda terlupa nak bawak camera ke..atau terlebih duit ke...atau saje nak simpan untuk kenangan, anda dialu-alukan untuk menggunakan khidmat mereka. Dalam air pun mereka amik gambar. gigih. 


Nilah jurugambar yang sedia mengambil gambar anda. Guna kamera dia tau. 



Tempat dimana anda membuat penambahan nilai dalam tiket anda. (e-value)


ini lah dia harga sewaan dan bayaran yang perlu dibuat sebelum menggunakan kemudahan yang disediakan. no money no talk.


Dalam ni pastikan anda cuba semua permainan yang ada. Jangan risau, sempat je conquer semua game dalam ni...melainkan anda datang lepas asar, memang xsempat lah kot. kalau sempat pun, tak puas. So, kat sini ada lebih kurang 4 kawasan yang perlu ada tahu.

1) Kawasan luncur-luncur2) Kawasan kanak-kanak3)Kawasan pantai tiruan4)Kawasan 'perparitan'

                                     

Okay. Yang ini cabana kalau nak sewa. 

Kawasan makan. 



Tempat scan untuk bukak loker. 

This bracelet is used to open up your locker 


Well, its not that big. But manageable. sumbat-sumbat je.  


Pertama sekali, lepas sewa loker dan pelampung, teruskan journey anda untuk mendaki beberapa batu ke kawasan luncur-luncur yang terletak jauh nun di atas bukit sana.
Di situ ada lebih kurang 5 game. 4  darinya perlukan pelampung untuk meluncur di mana 1 dari 4 tempat tersebut, khidmat pelampung dah disediakan (sebab yang ini untuk family) so tak perlu gigih pedooh bawak pelampung naik atas ye. sio-sio. Yang family punya best. sebab boleh ramai-ramai, tempat luncur yang panjang dan tak terlampau extreme. Memang sesuai untuk familylah. Kalau yang 3 lagi tu, ada yang darkest, fastest and longest. Time saya pergi, yang longest tu dia tutup, sebab tak cukup kakitangan. (terasa nak minta kerja kat situ je...tapi apakan daya, berenang pun terkapai-kapai).Game terakhir, game luncur macam superman. memang syok habis. Pada yang penakut tu, jangan risau, anda pasti akan main jugak. Semua kat sini self service. nak main, amik lah peluncur tu sendiri, dah siap main, simpan elok-elok. 
Alatan untuk mengangkut pelampung khas. Jangan memadai naik ikut sini pula ye. 






Kawasan luncur-luncur. Kat sini shaira menang. dia luncur paling jauh. Dan saya, the shortest. meh!




Kedua, kawasan kanak-kanak. sini seronok untuk kanak-kanak yang tadika lagi. yang darjah pun boleh main. yang rasa masih kanak-kanak pun boleh try. Mak ayah nenek atuk pun xperlu risau sangat anak cucu mereka bermain kat sini. Cume jangan lah kau campak bior je mereka main sorang-sorang, naya kebudak. Pengawasan memang perlulah, tapi tak perlu risau sebab kawasan dia strategik. boleh lihat semua tempat sambil-sambil makan relax tu. Cabana ada disediakan, so memang masyuk lah. 
                                         
Ada piranha besar kat sini. hehe

                                        

Kawasan kanak-kanak meluncur. 

Kawasan ketiga ni iaitu cocoa beach. Sesuai untuk semua. Sebab tema dia pantai kan, so sesuai untuk semua peringkat umur. kalau rasa dah tua, boleh lah bermain di kawasan yang dalam sikit. kanak-kanak yang kiut miut tu, kat gigi air boleh lah bermain. Kawasan bola tampar pun ada disediakan. 1 jam RM20 (termasuk sewa dan deposit). 

                                    
Kawasan pantai tiruan.



Terakhir sekali, perparitan. Haha. Saje panggil mcm ni, sebab memang mcm parit pun. Berkedudukan di tepi sekali dengan kawasan kanak-kanak, kawasan ni sesuai untuk remaja dan orang dewasa. untuk budak kecik, kalau nak main gak, boleh..tapi perlukan penjagaan orang dewasa yang pro. Sebab apa? sebab kawasan nikan macam jalan, perjalanan di dalam air gitu, dalam dan berombak. Pelampung memangggg perlu. jangan nak tunjuk gigih berenang kat sini, konon nak buat olimpik, xpayah. 

                                      
Permulaan bagi kawasan perparitan.

Inilah gambar dari atas laluan parit tu.

Laluan parit.

Lagi laluan...haha. Lihat jejaka tampan dalam air tu. Itulah salah seorang photographer yang akan mengambl gambar anda, kalau nak. 


Dan di kawasan ni lah, keh 'kemalangan'. disebabkan bertiga je, so keh volunteer untuk guna pelampung sorang. Shai dan farihah berdua. Sedar tak sedar, shai dan farihah dah kejauh depan, keh pulak terkapai-kapai sorang kat belakang dannnn belakang keh pula ada segerombolan jejaka yang rasanya dari terengganu kot. (cuti kan). 

(no caption available)


Salah sorang dari mereka tu konon baik hati offer nak tolakkan pelampung keh ke depan, agar dekat dengan kawan2 keh....tapi sekali ditolaknya bapak kuat. Terus pelampung terbalik dengan keh sekali. Pedihnya tak terkata. Air masuk hidung mulut mata. Memang seksa lah. Lepas tu, yang sadisnya, nak naik pelampung semula tak lepas. Oh dugaan~ T.T

Okay. Kembali pada gwp ni. Nak makan, banyak tempat jual makanan, cume...agak mahal. Maggi cup cecah RM3. Kami beli makanan segera je, set hotdong, air dan wedges dan tambahan burger. Total up Rm19. Air mineral dalam RM2. 
                                     
Kami makan disini je 

Makanan dia boleh lah buat isi perut yang lapar tahap dewata raya ni. Sebabkan dah nak pukul 3, kami pun bersiap2 lah nak beransur pulang. Lepas check out (hantar pelampung, scan, tukar pakaian, pulang gelang loker, ambil duit lebih) kami solat di atas, di belakang kaunter beli tiket tu ada surau. Jangan risau, dalam gwp tu pun ada surau juga. 

Hajat dikemudian hari nak pergi safari. Tapi tunggu ekonomi stabil dululah. Okay. Sampai ketemu lagi di entri yang baru ye. Oh ya, doakan saya dapat kerja cepat ye...hehe.  
Adios!


 

Comments